KONSEP PEMBIAYAAN SYARIAH

Pembiayaan berkonsepkan syariah di koperasi ini diwujudkan atas kesedaran untuk meningkatkan aktiviti KOPEKS dan memberi kemudahan kepada anggota. Di antara faktor pendorong untuk melaksanakan prinsip ekonomi Islam di koperasi ini ialah:

  1. Untuk mengelak daripada terlibat dengan amalan riba Oleh itu, dengan adanya konsep syariah, amalan pinjaman secara riba dapat dielakkan.
  2. Untuk mengamalkan amalan muamalat Islam, seperti juabeli, sewa meyewa al-musyarakah, dan al-murabaha yang selama ini hanya dalam bentuk teori sahaja.
  3. Untuk memberikan kesedaran dan melahirkan amalan tolong menolong dan kebajikan sesama anggota.

Jenis-Jenis Pembiayaan

Berikut merupakan lima (5) produk pembiayaan KOPEKS yang ditawarkan kepada anggota:-

JENIS PEMBIAYAAN
Pembiayaan Penuh Maksimum RM100,000.00 Terma dan Syarat Permohonan
Pembiayaan Yuran 80% tertakluk kepada jumlah caruman  Terma dan Syarat Permohonan
Pembiayaan Peribadi Maksimum RM10,000.00 Terma dan Syarat Permohonan
Pembiayaan Mikro Maksimum RM3,000.00  Terma dan Syarat Permohonan
Pinjaman Al-Qardhul Hasan Maksimum RM1,200.00 Terma dan Syarat Permohonan

Terma dan Syarat

Kelayakan Gaji Minima
Potongan Gaji Tidak Melebihi 60% (BPA) dan 50% / 70% Kerajaan Negeri. .

Jumlah Maksimum
(Gaji Pokok + Elaun Tetap) X 40 Bulan Dan Jumlah Yuran X 10= Jumlah Yang Terendah Antara Keduanya Atau Tidak Melebihi Jumlah RM100,000.00.

Tempoh Pembiayaan
1 Hingga 11 Tahun (Tertakluk pada polisi kewangan semasa dan pakej pembiayaan yang ditawarkan).

Kadar keuntungan
5.99% hingga 6.99%.

Umur Pemohon / Penjamin
Tidak Mencapai 56 atau 58 Tahun Apabila Tamat Tempoh Pembiayaan.

Tempoh Perkhidmatan
6 Bulan Ke Atas / Sah Jawatan / Tetap Dan Berpencen.

Cara Pembayaran
Potongan Angkasa / Potongan Gaji Oleh Majikan.

Deposit Sekuriti
Anggota Akan Dikenakan 1 Hingga 3 Bulan Bayaran(jika diperlukan).

Bayaran Awal
Tiga Bulan Potongan Awal Dikenakan Supaya Akaun Anggota Dapat Dikemaskini.

Bayaran Perkhidmatan
Berdasarkan Kepada Jumlah Pembiayaan. (rujuk Jadual).

Penjamin
Tanpa Penjamin.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN.

Pemohon.
2 Salinan Kad Pengenalan. 3 Bulan Slip Gaji Asal Terbaru dan Salinan (disahkan).
% Had Kelayakan Pemohon ( Biro Angkasa) dan Borang BPA 1/79
1 Salinan Buku Bank Rakyat Terkini (pembiayaan Penuh)

Penjamin
1 Salinan Kad Pengenalan. 1 Bulan Salinan Slip Gaji Terbaru (Disahkan).

  •  SEMUA SALINAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN MESTILAH DISAHKAN OLEH MAJIKAN BAGI MEMUDAHKAN PEMPROSESAN.

  •  PIHAK KOPEKS BERHAK MENOLAK PERMOHONAN PADA BILA-BILA MASA TANPA MEMBERI SEBAB. KOPEKS JUGA BERHAK MENARIK BALIK SEGALA PEMBIAYAAN YANG TELAH DILULUSKAN SEKIRANYA MAKLUMAT YANG DIBERI DIDAPATI TIDAK BENAR.

  •  TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT.

  •  CETAK BORANG PERMOHONAN DI SINI

  •  SILA BERHUBUNG DENGAN UNIT PEMBIAYAAN UNTUK MENDAPAT KETERANGAN LANJUT.

 


    Hakcipta Terpelihara © 2002 - 2009, KOPEKS (Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad)
:: This website is best viewed using Microsoft Internet Explorer with 800 x 600 screen resolution ::