PERIHAL KAMI
OBJEKTIF
Objektif utama penubuhan KOPEKS adalah menggalakkan simpanan dan jimat cermat serta perkhidmatan pinjaman untuk meningkatkan status ekonomi anggota melalui caruman bulanan.
VISI
Koperasi Kredit pilihan kakitangan awam di Sabah & W.P. Labuan.
MISI
Untuk meningkatkan ekonomi anggota melalui caruman bulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan dengan memberi kemudahan pinjaman serta faedah yang berpatutan.
PASARAN
Mempelbagaikan produk untuk menguasai pasaran terutama kepada kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan di seluruh Sabah & W.P. Labuan.
PRODUK
Memastikan perkhidmatan pembayaran pinjaman diberi dengan cekap, telus dan mesra.
PELANGGAN
Memberi tawaran perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan sensitif terhadap keperluan anggota dari masa ke semasa.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Sentiasa meningkatkan kebajikan kearah pembangunan sosial anggota dan masyarakat umumnya.
LATAR BELAKANG
Sejak pengambilalihan sejak Jun 2005 bawah Seksyen 69(3)a Koperasi 1993 koordinasi yang cekap antara pengurusan baru KOPEKS dan pihak JPK
telah merangka beberapa strategi untuk mengembalikan kepercayaan anggota.
- Menyusun semula organisasi dengan memantapkan kesungguhan pengurusan dan kakitangan KOPEKS; Pasukan Penguruan Pemulihan, perubahan serta agihan tugas strategik; carta organisasi dan sistem pelaporan baru.
- Menyusun strategi pengurusan kewangan dan aliran tunai yang lebih cergas, dinamik dan berfokas.
- Melaksanakan strategi pengurangan kos kakitangan dan operasi.
- Meluaskan kemudahan pinjaman kepada anggota dengan meningkatkan modalkerja pusingan, pendapatan dan keuntungan dengan menyusun sumber dana dalaman dan luaran.
- Menangani anggota daripada berhenti dengan mengembangkan keanggotaan baru yang mana peraturan dan proses mesra anggota.
- Strategi rasionalisasi dan penggabungan semula perniagaanMenangani isu dan masalah pelaburan dan tuntutan, mengurangkan dan membebaskan beban hutang, mengutip dan memulangkan aset, menutup syarikat subsidiari , menyusun kedudukan aset dan pusat keuntungan.
|